Tokoh

\

Syeikh Muhammad Al-Ghazali; Da’i dan Ulama Kontemporer
Tokoh Ikhwan
24/6/2009 | 1 Rajab 1430 H | 2,713 views
Oleh: Al-Ikhwan.net

PENGENALAN


Ustaz Muhammad Al-Ghazali adalah seorang da,i yang bijaksana, memiliki semangat yang berkobat-kobar, keimanan yang tinggi, peribadi yang lembut, ungkapan-ungkapan sastera yang baik,dan pemurah. Ini semua diketahui dari setiap orang yang pernah hidup bersamanya.Beliau tidak suka memaksakan diri (takalluf), membenci kesombongan dan sikap takabbur,beliau juga aktif mengikuti perkembangan sosial.Beliau juga mampu menyelesaikan permasalahan orang lain, dan mengingatkan pengikutnya tentang perancangan yang bakal ditimbulkan syaitan-syaitan manusia dan jin baik dari Barat maupun dari Timur.
Beliau juga selalu memberi semangat kepada umat Islam untuk berjuang di jalan Allah, dan membela kaum yang lemah, menyedarkan mereka perihal konspirasi musuh-musuh Islam di dalam dan luar negeri, mengungkap rencana-rencana busuk mereka untuk memerangi Islam dan kaum muslimin, membongkar kebusukan Komunisme, Sekularisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Salibisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa mengingatkan umat tentang persekongkolan kekuatan-kekuatan jahat untuk melawan Islam serta menjelaskan cara melawan serangan kekuatan kufur.“Syeikh Muhammad Al-Ghazali merupakan salah satu tokoh Islam di abad moden ini. Ia adalah da’i yang sukar untuk ditemui dan tiada tolok bandingnya pada zaman sekarang beliau mempunyai akal yang genius dan mempunyai keindahan bait kata yang mampu menawan hati, hingga sesiapa yang mengikutinya dapat menghafal beberapa ungkapan dalam masa yang singkat, bahkan beberapa penulisannya diambil dan dihafal oleh beberapa penceramah terkemuka dunia”. Demikian kata DR. Yusuf Al-Qardhawi di bukunya As-Syaikh Al-Ghazali.
 

 

KELAHIRAN


Syeikh Muhammad Al-Ghazali lahir pada tanggal 22 September 1917, di kampung Naklal Inab, Ital Al-barud, Buhairah, Mesir. Di dibesarkan dalam keluarga yang agamanya  sibuk dalam dunia perdagangan. Ayahnya hafizh Al-Qur’an. Lalu beliau telah mengikuti jejak langkah ayahnya dan beliau mampu hafal Al-Qur’an sejak usia sepuluh tahun.Syeikh Muhammad Al-Ghazali menerima ilmu dari guru-guru di kampungnya. Beliau bersekolah di sekolah agama di Iskandariah dan menamatkan persekolahannya hingga ke peringkat menengah. Kemudian beliau berpindah ke Kairo untuk melanjutkan kuliah dalam Pengajian Ushuluddin dan mendapat ijazah pada tahun 1361/1943 M. Beliau mengambil jurusan  dakwah wal Irsyad dan mendapat gelaran “ Megister” pada tahun 1362/1943. Para guru yang paling berpengaruh padanya zaman belajarnya ialah Syaikh Abdul Aziz Bilal, Syaikh Ibrahim Al-Gharbawi, Syaikh Abdul Azhim Az-Zarqani dan lain-lain.
 

 

PERKAHWINAN

Syeikh Muhammad Al-Ghazali bernikah semasa beliau dan isterinya masih belajar dan dikurniakan Sembilan orang cahaya mata.

 

 

TAMAT PENGAJIAN

Aktiviti syeikh Muhammad Al-Ghazali
Setelah tamat pengajian adalah menjadi imam dan khatib di masjid Al-Atabah Al-Khadra. Setelah itu banyak menerima tawaran bekerja dari jabatan-jabatan secara berterusan seperti  dewan pengawas masjid, dewan penasihat Al-Azhar, wakil dewan urusan masjid, Pengaraj Urusan Masjid, Pengarah Pelatihan, Pengarah dakwah .Tahun 1949 adalah ujian yang paling berat dilaluinya bagi syeikh Muhammad Al-Ghazali berada di penjara Ath-Thur selama satu tahun dan penjara Tharah tahun 1965 beberapa tahun.
Syeikh Muhammad Al-Ghazali menjadi tetamu di universiti Ummul Qura, Mekah Al-Mukarramah tahun 1971. Tahun 1981 ia dilantik sebagai wakil menteri, kemudian memegang jawatan ketua dewan keilmuan universiti Al-Amir Abdul Qadir Al-Jazairi Al-Islamiyah.
 


WAFAT

Syeikh Muhammad Al-Ghazali wafat di Riyadh, Arab Saudi, tanggal 9 Mac 1996. Jenazahnya dipindahkan ke Madinah Al-Munawarah untuk di makamkan di Al-Baqi’. Yang mulia Amir Abdullah bin Abdul Aziz Ali Sa’ud memiliki peranan yang penting dalam memberikan penghargaan kepada Al-Ghazali, baik saat masih hidup mahupun setelah meninggal.Beliau juga telah memberikan bantuan kepada keluarganya.Semoga Allah ta’ala merahmati syeikh Muhammad Al-Ghazali, memberi balasan yang baik di atas sumbangan jasa-jasanya kepada kaum muslimin. Semoga Allah mengumpulkan kita dan dia bersama para nabi, shiddiqin dan para syuhada dan shalihin. Mereka adalah sebaik-baik teman.