PENGENALAN

Institut Wasatiyyah Malaysia ditubuhkan sejajar dengan iltizam YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak yang telah mengetengahkan pendekatan kesederhanaan ataupun wasatiyyah dalam mengemudi ummah dan negara bagi menghadapi cabaran pada masa sekarang dan akan datang. Justeru itu, Institut Wasatiyyah Malaysia atau IWM akan menggerakkan pendekatan wasatiyyah berdasarkan aspirasi YAB Perdana Menteri ke segenap lapisan masyarakat merangkumi golongan profesional, pemimpin masyarakat, kelompok cendekiawan, pertubuhan bukan kerajaan, orang awam dan pelajar bagi menggarap pendekatan wasatiyyah ini sebagai tonggak kepada kesatuan ummah di negara yang tercinta ini. IWM telah mula beroperasi pada 3 Diember 2012 dan dilancarkan dengan rasmi oleh YAB

Perdana Menteri pada 8 Mac 2013.