Pengarah IWM

Pembinaan negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama,bahasa dan budaya bukanlah merupakan sesuatu yang mudah. Berkat kebijaksanaan pemimpin dan permuafakatan rakyat, alhamdulillah negara kita berada dalam keamanan dan kedamaian. Namun, mutakhir ini ada usaha-usaha pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengganggu gugat keharmonian dan kestabilan rakyat negara ini yang telah sekian lama terpelihara. Tindakan tidak bertanggungjawab ini dapat dilihat dengan jelas dalam pelbagai aktiviti ekstrem dan liberal pihak-pihak tertentu di dalam negara. Situasi berbahaya ini perlu ditangani dengan bijaksana bagi memastikan keharmonian negara dapat dikekalkan dan tidak mampu diganggu gugat oleh apa jua ancaman.

            Justeru, Pendekatan Wasatiyyah yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri merupakan satu inisiatif yang perlu digembleng oleh setiap lapisan masyarakat. Ini kerana, pendekatan ini merupakan usaha berterusan dan konsisten kerajaan dalam membangunkan negara ini ke arah "Par Excellent" duniawi dan ukhrawi. Sejak penubuhan IWM selama 4 tahun, Institut ini telah berjaya menghimpunkan para ulama, sarjana, penyelidik, pemimpin dan pentadbir untuk berkongsi ilmu, bertukar pengalaman dan pandangan yang berkait dengan konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan dalam 6 bidang teras yang termaktub dalam Dasar Wasatiyyah Negara. 

            Sehubungan itu, bagi menggerakkan pendekatan ini, IWM telah merealisasikan Pendekatan Wasatiyyah melalui program-program teras iaitu Menganjurkan Seminar dan Dialog Kepada Kelompok Strategik di Peringkat Kebangsaan, Mengadakan Latihan dan Kursus Kepada Jabatan Kerajaan, Badan Bukan kerajaan (NGO),Mahasiswa,Belia,Pemimpin Masyarakat,Menggerakkan Kefahaman Wasatiyyah Melalui Media Elektronik,Cetak dan Sosial,Menerbitkan Buku-Buku,Hasil Penyelidikan,Penerbitan Berkala,Hasil Program dan Jurnal Ilmiah,Melaksanakan Penyelidikan Berkaitan Dengan Isu-Isu Wasatiyyah,Melaksanakan Program Wasatiyyah Bersama Masyarakat (Outreach) dan Mengendalikan Siri Syarahan dan Halaqah Bicara Wasatiyyah.

Terima kasih, asssalamualaikum w.b.t