Pendekatan Wasatiyyah Ke Arah Pembangunan Lestari

Buku Penerbitan: 
Sinopsis: 
Sewaktu perasmian Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam di Nusantara pada 2011, YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak (2012) Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam menyatakan pandangannya tentang ummatan wasatan (umat yang sederhana lagi terpilih) seperti berikut, “Ummatan wasatan merupakan umat yang sederhana, adil, tidak berat sebelah dalam hal dunia dan akhirat serta berimbal dalam seluruh aspek kehidupan. Berdasarkan kepada konsep ini, kita diseru agar mengimbangi antara tuntutan rohani dan jasmani serta hambatan dunia dan akhirat, kerana keseimbangan dan kesederhanaan ini amat penting dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian hidup, lantas menentukan kejayaan individu, keluarga, masyarakat dan Negara”.
Muat Turun PDF: