OBJEKTIF

Objektif

1. Menyumbang ke arah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang menghayati nilai-nilai dan etika yang unggul berteraskan konsep wasatiyyah dalam segenap aspek kehidupan.

2. Memberi tumpuan terhadap aspek kesederhanaan dan keseimbangan menerusi rasa hormat terhadap demokrasi, peraturan dan undangundang, pendidikan, maruah dan harga diri seseorang, serta keadilan sosial.

3. Menjadi pusat kepada perkembangan dan percambahan idea bagi membanteras segala kegiatan yang ekstremis.

4. Mengumpulkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang untuk berbincang, memberi pandangan dan menganalisa perkara yang berkaitan wasatiyyah.

 

 

Fungsi

1. Mengendalikan penyelidikan dan kajian terhadap aspek kesederhanaan dan ekstremis antaranya dalam bidang agama, undang-undang dan kehakiman, pendidikan, perbankan dan kewangan, sosial dan kemasyarakatan.

2. Mengumpul dan mengkatalog bahan-bahan berkaitan wasatiyyah untuk dijadikan sebagai bahan rujukan.

3. Menganjurkan persidangan, muzakarah, seminar, bengkel dan forum berdasarkan bidang-bidang tertentu; menghimpun pendapat dan pandangan dari pelbagai sektor mengenai kemajuan mahu pun halangan kepada pelaksanaan pembudayaan wasatiyyah.

4. Mengadakan sesi dialog berhubung isu-isu berkaitan wasatiyyah dengan pelbagai pihak dan agensi.

5. Menerbitkan buku, makalah, monograf, jurnal berkaitan penerapan budaya wasatiyyah dalam kehidupan yang akan diedarkan kepada masyarakat.

6. Bekerjasama dengan agensi kerajaan/swasta, NGO, institusi pengajian tinggi awam/ swasta dalam menggubal dan melaksanakan program-program latihan dan pendidikan kepada segenap lapisan masyarakat.

7. Menjadi pusat yang memberikan khidmat nasihat kepada agensi kerajaan, swasta, IPT dan NGO mengenai program-program dan strategi bagi meningkatkan budaya wasatiyyah dalam setiap aspek kehidupan serta mewujudkan jaringan kerjasama dengan organisasi-organisasi serupa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi memaksimumkan peranan dan sumbangan IWM.