Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara Antara Agensi

13 JULY 2017 - Dalam usaha memantapkan lagi pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara, Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara Antara Agensi buat kali pertama dilaksanakan pada hari ini. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana Pejabat Perdana Menteri ini dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Abdullah Md Zin; Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri dan Dasar Wasatiyyah Negara dibentangkan oleh Dato Haji Mohd Yusof Din; Pengarah IWM. Mesyuarat ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha setiap kementerian, setiap Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri serta wakil-wakil TKSU dan TSUK sebagai penyelaras pelaksanaan dasar agensi di kementerian dan negeri. Terima kasih kepada semua yang dapat sama-sama hadir, memberikan pandangan secara jujur dan penuh keikhlasan dalam semangat kerjasama yang sangat jitu. Semoga segala usaha yang dirancang oleh pelbagai pihak yang ada ini untuk memastikan Negara Bangsa sebagaimana yang dihasratkan terlaksana dan mencapai matlamat.