Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Perlaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara Peringkat Kebangsaan Ke 2/2017

[MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PELAKSANAAN DASAR WASATIYYAH NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2/2017]

2 NOVEMBER 2017 -  MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PELAKSANAAN DASAR WASATIYYAH NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2/2017 berlangsung di Bilik Jawatankuasa 1 Bangunan Parlimen Malaysia. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri ini dianggotai oleh Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri. Turut menganggotai mesyuarat ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengerusi Mesyuarat, Tan Sri Dr Abdullah Md Zin; sebagai Naib Pengerusi Mesyuarat, Dato Hj Mohd Yusof Din; Pengarah IWM sebagai Setiausaha Mesyuarat, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Setiausaha Negara dan Datuk Mohd Zuki Ali, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri.

Pada mesyuarat tersebut, YAB PM dan ahli mesyuarat mendengar laporan tahunan pelaksaan Dasar Wasatiyyah Negara (DWN) yang dibentangkan oleh Dato Hj Mohd Yusof Din dimana mengandungi 6 bidang strategik iaitu Pendidikan dan Belia; Ekonomi dan Pembangunan; Pentadbiran dan Perundangan; Perpaduan dan Sosial; Politik dan Kenegaraan serta Keselamatan dan Pertahanan. Ahli mesyuarat turut memberi pandangan dan mencetus idea-idea bagi memantapkan Dasar Wasatiyyah Negara agar dapat dijalankan secara sistematik dan tersusun di semua peringkat.

Selepas mesyuarat DWN selesai YAB Perdana Menteri merasmikan pelancaran buku Fiqh Wala' dan Malaysia Bukan Negara Gagal.

IWM berharap semoga segala usaha untuk menyelaraskan pelaksaan DWN ini diberkati oleh Allat SWT dan usaha mempromosikan pendekatan wasatiyyah ini sentiasa berterusan di setiap peringkat kementerian dan negara. InyaAllah. Amin.