Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara

16 MAC 2017 - "Keputusan untuk mengangkat wasatiyyah sebagai Dasar Negara ini adalah keputusan yang saya sendiri gagaskan. 'It was an informed and deliberate decision'. Bukan slogan. Kepada saya secara peribadi, negara berbilang kaum di Malaysia memerlukan dasar yang memupuk perpaduan dan keharmonian." - Perdana Menteri Malaysia -

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN DASAR WASATIYYAH NEGARA yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 2, Bangunan Parlimen. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia ini disertai oleh Ketua SetiaUsaha Kementerian dan SetiaUsaha Kerajaan Negeri. Turut hadir mesyuarat ini, Menteri Di JPM dan Tan Sri Dr Abdullah Md Zin sebagai Timbalan dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara, Tan Sri Othman Mahmood; Timbalan Ketua SetiaUsaha Kanan Jabatan Perdana Menteri dan Tan Sri Dato Haji Othman Mustapha; Ketua Pengarah JAKIM.

Mesyuarat dimulakan dengan Perutusan Pengerusi oleh Perdana Menteri Malaysia yang menyebut wasatiyyah sebagai akar kepada tasawwur Islam, kepentingan Institut Wasatiyyah Malaysia dalam kerajaan dan tujuan Dasar Wasatiyyah Negara digagaskan. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan oleh Dato Haji Mohd Yusof Din; Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara dan mesyuarat berakhir dengan Sesi Perbincangan.

Selepas selesai mesyuarat, ahli mesyuarat menyertai PELANCARAN KIT WASATIYYAH yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Kit yang dilancarkan ini adalah satu kit khas untuk mempromosikan pendekatan wasatiyyah melalui Dasar Wasatiyyah Negara kepada umum.