Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat IWM Kali Ke 1/2017

3 OGOS 2017 - Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat IWM berlangsung di Conference Room PICC ini telah dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin; Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi IWM.

Mesyuarat dimulakan dengan perutusan pengerusi oleh Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin dan seterusnya pengesahan minit mesyuarat ahli lembaga penasihat IWM. Selepas itu mesyuarat diteruskan dengan pembentangan status perkembangan dasar wasatiyyah negara (DWN) dan pembentangan laporan aktiviti dan penerbitan IWM oleh Dato Haji Mohd Yusof Din; Pengarah IWM. Mesyuarat diakhiri dengan sesi penyampaian surat perlantikan ahli lembaga penasihat IWM yang ditandatangani khas oleh YAB Perdana Menteri.

Semoga dengan perlantikan dan mesyuarat ini, gerak kerja IWM akan terus progresif yang sentiasa didokong dengan kuat oleh Ahli Lembaga Pengarah IWM dan mampu mempromosikan pendekatan wasatiyyah dalam setiap lapisan masyarakat.

Senarai Ahli Lembaga Penasihat IWM:
1- Prof Emeritus Dato Paduka Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid
2- Prof Datuk Dr Mizan Hitam
3- Prof Dato Dr Musa Ahmad
4- Prof Dato Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti
5- Prof Dato Dr Yusof Othman
6- Prof Dato Dr Muhamad Muda
7- Datuk Hj Mohd Arifin Mohd Arif
8- Datuk Akhmar Hisham Mohd Yusof @ Mukhles
9- Dato Hj Shahlan Ismail
10- Prof Dr Wan Kamal Mujani
11- Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz