Jemputan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 kepada Dato' Yusof Bin Din,Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia,Jabatan Perdana Menteri bagi Mengupas Topik "Kewujudan Bersama Dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia"

Tarikh Dan Masa: 
01 Mac 2018 / 7.00 Pagi
Lokasi: 
Sri Pentas TV3 , Malaysia Hari Ini (MHI)

Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,dan telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang paling taqwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Pengetahuannya. Malaysia merupakan sebuah negara yang bermasyarakat majmuk yang terhasil dari proses sejarah yang panjang.Justeru, untuk terus mengecapi keamanan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara maka kita perlu sentiasa memperkukukuh perpaduan nasional melalui Fiqh Al-Ta'ayusy (Co-Exixtance) yang mempromosikan semangat kesatuan dalam kepelbagaian di negara ini yang berusaha menghindari nilai-nilai prejudis dan mengelakkan konfrontasi dalam kalangan rakyat negara ini.

Sunhanallah,pagi tadi IWM dijemput sebagao tetamu di dalam rancangan realiti TV Malaysia Hari Ini membicarakan topik :"Kewujudan Bersama Dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia".IWM yang diwakili Dato' Yusof Bin Din ,Pengarah Institut Wsatiyyah Malaysia mengupas dengan mendalam mengenai topik ini dan menjelaskan kepentingan Fiqh Ta'ayusy di negara ini.Semoga usaha IWM ini diberkatiNya dan marilah kita sama-sama sebagai rakyat Malaysia mengeratkan perpaduan dalam persefahaman dalam kalangan kita dengan harapan membawa satu permulaan baru bagi Malaysia yang lebih maju dan berjaya.