Buku Wasatiyyah Menangani Ke Ganasaan : Bahasa Melayu

Buku Penerbitan: 
Sinopsis: 
Buku yang ditulis oleh YBhg Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin ini bertajuk "Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan: pengalaman malaysia". Buku ini merupakan rujukan penting yang membicarakan peranan dan kemampuan wasatiyyah sebagai satu pendekatan dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan yang membelenggu ummah dan negara. Buku yang mengandungi 4 bab ini membincangkan secara menyeluruh tentang pendekatan wasatiyyah dalam menangani keganasan yang berlaku dalam negara akhir-akhir ini. Bab pertama buku ini menyentuh berkaitan pendekatan Wasatiyyah Malaysia. Manakala bab kedua menumpukan kepada pengertian keganasan (al-Irhab). Bab ketiga lebih terarah kepada pergerakan dan kumpulan pengganas. Seterusnya bab keempat berkaitan pendekatan menangani pengganas di Malaysia.
Muat Turun PDF: