Buku Wasatiyyah Dalam Pentadbiran Malaysia

Buku Penerbitan: 
Sinopsis: 
Buku yang ditulis oleh YBhg Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin ini bertajuk "Penghayatan Wasatiyyah dalam Pentadbiran Malaysia". Buku ini merupakan rujukan penting yang membicarakan tentang konsep wasatiyyah yang perlu diterapkan dalam sistem pentadbiran di malaysia. Buku yang mengandungi 5 bab ini membincangkan secara menyeluruh konsep wasatiyyah yang terdapat dalam pentadbiran Negara bermula dari detik kemerdekaan hingga ke hari ini. Bab pertama dan kedua buku ini menyentuh tentang definisi wasatiyyah dan pengertian penghayatan wasatiyyah secara umum. Manakala bab ketiga menumpukan aspek nilai-nilai murni yang terdapat dalam wasatiyyah yang perlu diterapkan dalam pentadbiran iaitu adil, amanah dan bertanggungjawab, kesederhanaan, toleransi, keterbukaan, keseimbangan dan kecemerlangan. Bab keempat lebih terarah kepada perincian sistem pentadbiran di Malaysia yang terdiri daripada Badan Perundangan, Badan Pemerintahan dan Badan Kehakiman.Bab keempat ini juga membicarakan tentang penghayatan wasatiyyah dalam Pentadbiran Malaysia iaitu fokus kepada kaedah-kaedah pembangunan ummah. Apa yang ditekankan dalam kaedah-kaedah pembangunan ummah adalah mengadaptasi Piagam Madinah, Pelaksanaan Maqasid Syariah, Siyasah Syar 'iyyah, Fiqh Aulawiyyat dan hikmah. Manakala ciri-ciri wasatiyyah yang terdapat dalam Pentadbiran Malaysia dibahagikan berdasarkan Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Di akhir buku ini penulis sertakan ulasan dan cadangan yang perlu dilakukan dalam memperkasakan penghayatan wasatiyyah dalam Pentadbiran Malaysia.
Muat Turun PDF: